Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah ketika sesi perbincangan permurnian projek BDDA bagi kawasan DUN Bukit Saban yang berlangsung pada Jumaat. Foto TVS

BDDA perhalusi kelemahan pelaksanaan projek

SPAOH, 22 Mac: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan mengadakan satu bengkel khas dengan agensi pelaksana di Bahagian Betong pada 26 Mac ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bengkel khas terbabit bagi memperhalusi setiap kelemahan yang ada dalam perlaksanaan projek yang dijalankan di bawah BDDA selain untuk memuktamadkan cadangan peruntukan bagi sesuatu projek sebelum dimajukan kepada Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU).

Menurutnya, ianya juga amat penting dalam memastikan kesemua projek yang dirancang di bawah BDDA dapat disiapkan mengikut tahun semasa dicadangkan.

“Kita akan mengadakan satu bengkel khas pada 26 Mac ini dengan agensi pelaksana Bahagian Betong untuk memperhalusi setiap kelemahan yang ada dalam setiap pelaksanaan projek BDDA sebelum ini.

“Pada masa sama, ianya juga adalah untuk kita memuktamadkan setiap peruntukan bagi sesuatu projek BDDA sebelum dimajukan kepada Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU),” katanya ketika ditemui selepas meninjau ke lokasi projek pembinaan Jalan Ulu Paku ke Ulu Kota di Penom pada Jumaat.

Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai, Setiausaha Majlis Daerah Betong, Lister Clement Guwie dan Pegawai Tadbir Khas BDDA Abang Mohamed Abang Turkey. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan