Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siasatan awal mendapati bas jenis Hino dipandu lelaki warga tempatan berumur 46 tahun itu membawa 20 penumpang warga China dan seorang warga tempatan sebagai jurubahasa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Singapura. Foto hiasan Envato

Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di Lebuh raya Elite

ByBernama

SEREMBAN, 22 Mac: Seorang pemandu bas ekspres cedera parah manakala 20 penumpang mengalami cedera ringan akibat kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 43 arah selatan Lebuh raya Elite pada 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata siasatan awal mendapati bas jenis Hino dipandu lelaki warga tempatan berumur 46 tahun itu membawa 20 penumpang warga China dan seorang warga tempatan sebagai jurubahasa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Singapura.

“Bas terbabit secara tiba-tiba melanggar belakang lori treler yang sedang mendaki di lorong kiri. Lori jenis Hino dipandu seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun dari arah Shah Alam menghala ke Senawang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, pemandu bas yang mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Penumpang bas serta pemandu lori treler yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan