Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiong (enam kanan) bersama ahli jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran Majlis Iftar Karnival Bazar Ramadan 2025 bersama komuniti Sibu Jaya. Foto TVS

3,000 penduduk meriahkan Majlis Iftar di Sibu Jaya

SIBU, 22 Mac: Majlis Iftar Karnival Bazar Ramadan 2025 bersama komuniti Sibu Jaya berjaya menghimpunkan seramai 3,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berkumpul bagi menikmati juadah berbuka puasa secara beramai-ramai.

Program yang berlangsung meriah di Masjid Al-Madinatul Husna, Sibu Jaya itu bertujuan mengeratkan hubungan komuniti setempat tanpa mengira latar belakang.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, majlis berbuka puasa itu harus dijadikan acara tahunan di kawasan Sibu Jaya bagi mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat setempat.

“Ada permintaan supaya program seperti ini diteruskan setiap tahun, dan Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya,” katanya ketika ditemui media pada program tersebut.

Tiong merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, termasuk para peniaga yang menyediakan juadah berbuka puasa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peniaga yang membantu menyediakan juadah berbuka serta kepada rakyat yang hadir memeriahkan majlis di Masjid Al-Madinatul Husna, Sibu Jaya.

Majlis tersebut turut diserikan dengan pelbagai aktiviti komuniti, termasuk agihan juadah percuma yang disediakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan