Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Steven Sim hadir pada Majlis Iftra anjuran KESUMA di ibu negara hari ini. Foto, TVS.

Skim baharu PERKESO lindungi pekerja 24 jam

ByTVS

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) berfungsi menjaga kebajikan pekerja selama 24 jam.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata skim tersebut bukan sahaja memberi perlindungan kepada pekerja semasa bekerja, malah turut melindungi mereka ketika melaksanakan aktiviti harian.

“Kita telah merancang untuk memperkenalkan satu skim baharu yang dipanggil Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBKK) supaya kita boleh melindungi pekerja di negara ini bukan semasa bekerja, malah selama 24 jam.

“Sekiranya tiada sebarang halangan, saya akan masukkan (dalam) RUU (rang undang-undang) baharu,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar KESEMUA PERKESO di sini hari ini.

Majlis itu turut menyaksikan sesi pemberian sumbangan kepada 145 orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak-anak yatim, penerima faedah dan juga tanggungjawab sosial korporat.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Antarabangsa KESUMA, Dr Mohd Shaharin Umar, Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Sementara itu menerusi kenyataan, Steven memaklumkan PERKESO telah menyelesaikan pembayaran faedah berjumlah lebih RM5.82 bilion kepada 871,949 penerima faedah pada 2024 di bawah Akta 4.

Katanya, jumlah pembayaran faedah itu lebih tinggi berbanding RM5.48 bilion pada 2023 (kepada 920,368 penerima) dan RM4.92 bilion pada 2022 yang melibatkan 866,666 penerima.

“Untuk 2024, pembayaran faedah untuk pencen penakat adalah yang tertinggi, merekodkan pembayaran berjumlah RM2.412 bilion diikuti pencen ilat dan bantuan ilat bernilai RM1.195 bilion dan lebih RM627 juta untuk Faedah Hilang Upaya Kekal.

“Menerusi penguatkuasaan siling gaji baharu dari RM5,000 ke RM6,000 bagi maksud caruman bermula 1 Oktober 2024, langkah itu kemudiannya dilihat dapat diterjemahkan kepada pembayaran faedah yang lebih baik dan meluas kepada pencarum,” tambah beliau. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan