Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE) Sarawak Energy Berhad, Marconi Madai. Foto Connie Grace (TVS)

SEB giat usaha pemeliharaan alam sekitar, lestari program JHS

ByConnie Grace

SIMUNJAN, 21 MAC: Sarawak Energy Berhad (SEB) komited memainkan peranan dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, khususnya menyertai program penanaman pokok bersama Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

Naib Presiden Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE) Sarawak Energy Berhad, Marconi Madai berkata, sebagai syarikat GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan), SEB bukan sahaja bertanggungjawab untuk membekalkan tenaga elektrik kepada masyarakat, tetapi juga untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Marconi menjelaskan bahawa salah satu matlamat utama SEB adalah untuk menanam sebanyak 500,000 pokok dalam tempoh 10 tahun, dari 2021 hingga 2030.

“Setakat ini, SEB telah berjaya menanam lebih daripada 180, 000 pokok dalam tempoh tiga tahun pertama kerana kami (SEB) ada KPI setiap tahun untuk menanam sebanyak 60, 000 pokok

“Komitmen ini adalah untuk memastikan pemeliharaan alam sekitar kita terpelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

Marconi menegaskan bahawa kejayaan program ini bergantung kepada kerjasama erat antara SEB, agensi kerajaan seperti Jabatan Hutan Sarawak, serta masyarakat setempat.

“Kami juga bekerjasama dengan pelbagai agensi dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan kelestarian alam sekitar selain melibatkan inisiatif pendidikan, termasuk mengadakan kelab pencipta alam bersama Jabatan Pendidikan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan alam sekitar di kalangan generasi muda.

Kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci untuk memastikan generasi akan datang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar,” ujar Marconi.

SEB berpendapat, pemeliharaan alam sekitar bukan hanya soal menanam pokok, tetapi juga mengenai membina hubungan yang kukuh dengan komuniti dan agensi kerajaan untuk melindungi alam sekitar.

“Kita perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Alam Sekitar, SFC (Sarawak Forestry Corporation) dan Jabatan Hutan Sarawak, untuk memastikan kejayaan program ini,” kata Marconi.

Menurutnya lagi, ini adalah bukti bahawa kerjasama adalah kunci utama dalam memastikan kejayaan program-program pemuliharaan alam sekitar, terutamanya dalam konteks pembangunan lestari yang menjadi agenda utama SEB.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungan antara alam sekitar yang sihat dengan industri tenaga, terutamanya dalam konteks pembangunan lestari, Marconi menekankan hubungan erat antara alam sekitar yang sihat dan industri tenaga.

“Kami percaya bahawa jika hanya SEB yang menjalankan program-program ini, mungkin ia tidak akan memberikan impak yang besar.

Oleh itu, kerjasama dengan agensi lain dan masyarakat adalah amat penting,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan