Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang giat mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda di Tanah Merah. Foto hiasan Bernama

Polis kesan tujuh individu bantu siasatan kes jenayah di Tanah Merah

ByBernama

KOTA BHARU, 21 Mac: Polis sedang giat mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda di Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata empat daripada mereka berasal dari Kampung Felda Kemahang 3, iaitu Norahamdasukiran Mat Nawi, Muhd Zulhimi Zahari (Pujo), Azuan Mat Ali (Duan Pok Mi), dan Mohamad Rudie Fikri Zakaria (Mek Yu Pok Ya).

“Dua lagi berasal dari Kampung Paku, Gual Ipoh, iaitu Mohd Zahari Mohd Rofi dan Mohmad Zamri Mohd Rofi manakala seorang lagi individu berasal dari Kampung Lalang Pepuyu.

“Kesemua mereka berumur antara 33 hingga 39 tahun dan sedang dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Insp Chek Azri Che Ismail melalui talian 017-6970665 atau Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline IPD Tanah Merah 09-9558429 atau 09-955622 serta mana-mana balai polis berdekatan.

“Kesemua individu terbabit diminta tampil memberi keterangan kepada pihak polis dengan kadar segera. Kerjasama masyarakat amat diperlukan dalam menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu siasatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan