Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Foto fail Bernama

Pelajar terjejas banjir tidak perlu pakai uniform ke sekolah

KLUANG, 21 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar yang terjejas banjir untuk tidak memakai seragam sekolah, susulan kebanyakannya tidak membawa pakaian itu ke sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kelonggaran itu diberi bagi memastikan kehadiran pelajar ke sekolah dan mereka dapat mengikuti sesi pembelajaran yang ditetapkan, sekali gus tidak membebankan ibu bapa,

Beliau berkata kelonggaran itu turut diberikan kepada pelajar yang tidak terjejas banjir, namun tidak dapat menyediakan pakaian seragam sekolah kerana tidak kering berikutan hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari lepas.

“Sewaktu diadakan (beroperasinya) pusat PPS di sini, ada anak-anak yang tidak mengenakan pakaian seragam kerana mereka tidak sempat bawa semasa diarah berpindah.

“Kita turut memberikan kelonggaran kepada pelajar yang tidak dapat sediakan pakaian seragam (basah) setelah hujan berterusan tetapi perlulah mengenakan pakaian yang sopan dan bersesuaian,” katanya kepada pemberita semasa meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kencana, Simpang Renggam di sini hari ini.

Fadhlina berkata pihak kementerian juga mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) memantau guru-guru yang mengajar dan mereka yang tinggal di kawasan terjejas banjir.

“Semalam, pihak kami ada menerima aduan berkaitan beberapa pengajar terkandas di sekolah setelah banjir berlaku dan KPM mengambil langkah sewajarnya, dan pemantauan akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan tujuh sekolah di Johor ditutup hari ini (Jumaat) melibatkan daerah Johor Bahru (tiga) Kota Tinggi (tiga) dan Pasir Gudang (satu), manakala 47 sekolah dijadikan PPS.

“Setakat ini bilangan murid dan pelajar yang dilaporkan berada di PPS di Johor seramai 886 orang, manakala daerah Pontian merekodkan jumlah tertinggi sekolah dijadikan PPS iaitu 13 sekolah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan