Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP ALexson Naga Chabu ketika ditemui pemberita pada acara Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri 2025 di Stesen Minyak Shell, Jalan Miri Bypass, hari ini. Foto Muhammad Gustie (TVS)

Op Lancar di Miri bendung kemalangan, jenayah pada Aidilfitri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 21 Mac: Op Lancar akan diaktifkan di Miri bermula 29 Mac hingga 6 April 2025 dalam usaha mencegah kemalangan jalan raya dan jenayah pecah rumah sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, berkata operasi ini melibatkan kira-kira 200 pegawai dan anggota polis di sekitar Miri.

“Operasi akan berlangsung dari 29 Mac hingga 6 April, dengan tumpuan kepada lima laluan utama yang sering berlaku kemalangan serta kawasan perumahan yang ditinggalkan sepanjang musim perayaan,” katanya pada sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2025 di Stesen Minyak Shell, Jalan Miri Bypass, hari ini.

Lima laluan utama yang menjadi fokus operasi ialah Jalan Miri-Bintulu, Jalan Bakam, Jalan Permyjaya Bypass, kawasan Kuala Baram, dan Jalan Miri-Pujut.

Alexson turut berkata, pihak polis akan mengadakan rondaan serta operasi khas bagi memastikan kelancaran trafik dan mengurangkan kesesakan terutamanya ketika orang ramai pulang ke kampung halaman.

“Polis juga akan menguatkuasakan peraturan lalu lintas dengan mengeluarkan saman kepada pemandu yang melanggar undang-undang, termasuk mereka yang memandu dalam keadaan mabuk atau menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang bercuti agar memastikan rumah mereka berkunci dengan selamat dan memaklumkan kepada pihak polis bagi memudahkan rondaan keselamatan.

“Mereka yang meninggalkan rumah sepanjang cuti perayaan perlu memastikan kediaman mereka dikunci dengan baik dan tidak memberi ruang kepada penjenayah untuk menceroboh. Mereka juga digalakkan untuk memaklumkan kepada pihak polis agar rondaan keselamatan dapat dilakukan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan