Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Peringkat Negeri Sarawak di Kampung Empila. Foto Jabatan Penerangan

LPB siap sepenuhnya 2026

ByAkma Salleh

KOTA SAMARAHAN, 21 Mac: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof optimis projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak yang kini berada pada tahap 99.50 peratus siap sepenuhnya pada 2026.

Menurutnya, kelewatan projek itu kini hanya disebabkan isu pengalihan paip di Sibuti.

“Saya di maklumkan, isu besar ialah disebelah Sibuti disebabkan pengalihan paip, jadi kerja-kerja tidak boleh dibuat sehingga paip baharu disiapkan.

“Sebab itu pergerakan agak lambat dan kerja itu dijangka akan siap 2026. Kemajuan ini memang perlahan tapi ianya boleh dikatakan siap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Peringkat Negeri Sarawak di Kampung Empila di sini, hari ini.

November tahun lalu, Pemangku Pengarah JKR Sarawak, Wisil Lichok berkata, projek LPB dibahagikan kepada 11 pakej kontrak kerja (25 seksyen) sejauh 786 kilometer yang mana sebanyak 11 syarikat kontraktor dilantik untuk melaksanakan projek tersebut.

Jelasnya, beberapa faktor dikenal pasti memberi impak kepada kelancaran pelaksanaan projek seperti isu kekurangan tenaga pekerja dan peningkatan harga bahan binaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan