Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima lagi petugas UNRWA terbunuh di Gaza dalam tempoh beberapa hari lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan yang terkorban mencecah 284 orang. Foto fail AFP

Lima lagi petugas UNRWA terbunuh di Gaza

ByBernama

GAZA, 21 Mac: Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini mengesahkan bahawa lima lagi petugasnya terbunuh di Gaza dalam tempoh beberapa hari lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan yang terkorban mencecah 284 orang.

“Mereka adalah guru, doktor dan jururawat—berkhidmat untuk golongan yang paling memerlukan,” kata Lazzarini dalam satu hantaran di platform X, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Emiriah (WAM).

Beliau turut menegaskan bahawa sekatan ke atas Gaza semakin diperketatkan.

“Hampir tiga minggu berlalu, pihak berkuasa Israel masih melarang kemasukan bantuan kemanusiaan atau bekalan asas.

“Setiap hari, kami menyaksikan penduduk Gaza melalui mimpi ngeri yang berulang—derita yang tiada penghujung dan penuh kezaliman.

“Tiada masa lagi, kita perlukan sekarang: pembaharuan gencatan senjata, pembebasan bermaruah semua tawanan di Gaza, aliran bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial tanpa halangan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan