Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak menerusi Jabatan Hutan Sarawak (JHS) kini sedang berusaha untuk mencipta satu lagi rekod kebangsaan melalui program penanaman pokok spesies Shorea, dengan penyertaan sebanyak 60 spesies dalam Program Penanaman Pokok sempena Hari Hutan Antarabangsa 2025. Foto Connie Grace(TVS)

JHS sasar cipta rekod baharu MBOR penanaman pokok Shorea terbanyak

ByConnie Grace

SIMUNJAN, 21 Mac: Sarawak menerusi Jabatan Hutan Sarawak (JHS) kini sedang berusaha untuk mencipta satu lagi rekod kebangsaan melalui program penanaman pokok spesies Shorea terbanyak dalam Program Penanaman Pokok sempena Hari Hutan Antarabangsa 2025.

Pengarahnya, Datu Hamden Mohammad berkata, penanaman kali ini bukan sahaja bertujuan bagi memecah rekod, tetapi juga untuk mengiktiraf komitmen pelbagai pihak dalam memelihara biodiversiti tempatan.

“Harapan kami, usaha ini akan mendapat pengiktirafan daripada pihak Malaysia Book of Records, kerana sejumlah 5,000 pokok yang terdiri daripada 60 spesis Shorea yang berbeza akan ditanam dengan kerjasma Sarawak Energy Berhad (SEB).

Katanya ketika ditemui oleh TVS selepas Program Penanaman Pokok sempena Hari Hutan Antarabangsa 2025 di sini hari ini.

Sebagai rekod, pada tahun lalu sebanyak 3,000 pokok Shorea macropyhlla telah berjaya ditanam di kawasan yang sama dan mendapatkan pengiktirafan oleh Malaysia Book of Record.
Menurut Hamden, program ini dilaksanakan di Hutan Simpan Sabal, sebuah kawasan hutan muda yang dahulunya pernah dibalak.

“Dengan menanam semula spesies pokok tempatan, kawasan ini kini dipulihkan secara berperingkat sebagai habitat semula jadi yang kaya dengan oksigen serta biodiversiti.

“Pokok-pokok muda yang ditanam di sini dijangka mampu menyerap lebih banyak karbon dan menghasilkan oksigen secara lebih efektif, menjadikan kawasan ini penting dalam usaha menangani perubahan iklim. Apabila kita tanam pokok-pokok baharu daripada spesies tempatan, kita bukan sahaja memulihkan hutan, tetapi juga mengembalikan kehidupan liar seperti haiwan dan serangga ke habitat asal mereka,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar penyertaan menyeluruh daripada pelbagai pihak, termasuk sektor swasta, komuniti tempatan, NGO, institusi pendidikan serta agensi kerajaan, dapat terlibat dalam usaha ini.

Katanya, kerjasama ini penting bagi memastikan pokok-pokok yang ditanam kekal hidup dan memberi manfaat kepada alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Beliau turut menambah, inisiatif ini selaras dengan strategi pembangunan negeri Sarawak menerusi agenda Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kelestarian alam.

“Ini bukan hanya satu program tahunan, tetapi satu gerakan jangka panjang demi masa depan hijau Sarawak.

Kita mahu lebih banyak pokok, lebih banyak biodiversiti, dan sebuah negeri yang lebih lestari,” tambah beliau.

Menerusi program itu, seramai 500 orang kakitangan Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Energy Berhad, dan komuniti kampung terlibat dalam penanaman pokok sempena Hari Hutan Antarabangsa 2025 yang disambut setiap 21 Mac. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan