Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menggesa hukuman lebih berat terhadap bapa yang mengeksploitasi anak tirinya. Foto fail Bernama

Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri – Nancy

ByBernama

PUTRAJAYA, 21 Mac: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menggesa hukuman lebih berat terhadap bapa yang mengeksploitasi anak tirinya.

Beliau merujuk kes seorang lelaki berusia 56 tahun yang didenda RM6,000 kerana mengaku bersalah merakam dan memiliki bahan lucah berupa video serta gambar bogel anak tirinya yang diambil ketika kanak-kanak itu sedang mandi.

Nancy berharap pihak yang bertanggungjawab dapat merayu terhadap hukuman berkenaan menggunakan ruang yang ada.

“Pada pandangan saya, hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas perbuatan jijiknya sebagai seorang bapa tiri yang seharusnya menjadi pelindung kepada ahli keluarganya dan bukannya berkelakuan sedemikian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nancy berkata kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Saya rasa saya tidak keseorangan yang menganggap bahawa hukuman yang dikenakan adalah ringan berbanding kesalahaan yang telah dilakukan. Kita tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang bentuk eksploitasi dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak,” katanya.

Nancy berkata hukuman yang lebih tegas bukan sahaja menberikan keadilan kepada mangsa, tetapi juga menjadi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan seumpama itu tidak akan diterima dalam apa jua keadaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan