Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Loji-loji yang terjejas adalah Loji Rawatan Air Song dan Loji Rawatan Air Beguang di Bahagian Kapit serta Loji Rawatan Air Nanga Dap dan Loji Rawatan Air Kanowit di Bahagian Sibu. Foto JBALB Sarawak (FB)

Empat loji rawatan air ditutup akibat banjir di Sarawak

ByBernama

SIBU, 21 Mac: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak terpaksa menghentikan operasi empat loji rawatan air berikutan situasi banjir dan paras air sungai yang kritikal.

Pengarah JBALB Sarawak Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan dalam satu kenyataan berkata loji-loji yang terjejas adalah Loji Rawatan Air Song dan Loji Rawatan Air Beguang di Bahagian Kapit serta Loji Rawatan Air Nanga Dap dan Loji Rawatan Air Kanowit di Bahagian Sibu.

“Pasukan kami di setiap bahagian akan terus membuat pemantauan keadaan di loji rawatan air dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen JBALB Sarawak untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa loji rawatan air lain di seluruh Sarawak masih beroperasi seperti biasa. Orang ramai boleh menghubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211 bagi sebarang aduan dan pertanyaan berkaitan gangguan bekalan air. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan