Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengguna di Sarawak digalakkan untuk membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya berlaku kenaikan harga mendadak terhadap barangan kawalan.

Buat aduan jika harga barang kawalan naik

ByAkma Salleh

KOTA SAMARAHAN, 21 Mac: Pengguna di Sarawak digalakkan untuk membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya berlaku kenaikan harga mendadak terhadap barangan kawalan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau akan merujuk isu tersebut kepada Datuk Armizan Mohd Ali untuk memperketatkan pemantauan terhadap barangan berkenaan.

“Jika ada kes berkenaan saya mengharapkan dia (pengguna) boleh buat aduan di KPDN dan saya akan rujuk kepada Menteri KPDN untuk memastikan dan memantau harga stok barang dan sebagainya terkawal,” katanya ketika ditanya berhubung kenaikan harga telur yang naik secara mendadak hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Peringkat Negeri Sarawak di Kampung Empila di sini, hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan