Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Anwar umum Bantuan Khas Aidilfitri RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam

ByBernama

CHUKAI, 21 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.

Beliau berkata bantuan itu akan dibayar minggu depan membabitkan 70,000 penerima dengan peruntukan RM17 juta.

“Tadi saya umumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam. Ini termasuk (BKK sebanyak RM250 kepada) veteran tentera yang berpencen dan tidak berpencen serta pesara.

“Malam ini saya nak tambah kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di sini malam.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan bersetuju memberikan bantuan itu sebagai menghargai sumbangan besar golongan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan