Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wartawan foto Palestin menjadi mangsa terbaharu serangan udara Israel ke atas khemah media di Hospital Al-Ahli Baptist, Gaza, pada Khamis, menjadikan angka pengamal media yang terbunuh dalam insiden itu meningkat kepada empat. Foto fail AFP

Angka korban di Gaza akibat serangan Israel melebihi 49,600 orang

ByBernama

ANKARA, 21 Mac: Angka korban rakyat Palestin akibat serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 meningkat kepada 49,617 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa 85 orang terbunuh dan 133 yang lain cedera dalam serangan Israel di Gaza sejak awal pagi.

Menurut kementerian itu, sekurang-kurangnya 112,950 orang turut cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka,” menurut kementerian itu.

Tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza sejak Selasa, sekali gus menghancurkan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa sejak Januari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan