Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi mengesahkan bahawa gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan berlangsung di Ningbo, China pada 8 hingga 13 April. Foto fail AFP

Aaron-Wooi Yik sah beraksi di BAC April ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi mengesahkan bahawa gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan berlangsung di Ningbo, China pada 8 hingga 13 April.

Beliau berkata Aaron hanya mengalami kecederaan ringan serta tidak memerlukan masa rehat yang panjang dan pasangan itu kini sedang membuat persediaan ke kejohanan itu.

“Aaron belum 100 peratus sembuh, tapi dipantau rapi dan keadaan dia sudah okay berbanding ketika di Masters Orleans dan Seluruh England, tak perlu pembedahan, hanya rawatan biasa.

“BAC boleh main, sepatutnya boleh perbaiki kelemahan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Aaron mengalami kecederaan bahu, menyebabkan gandingan itu tersingkir seawal pusingan pertama di Seluruh England selepas tewas 16-21, 21-16, 18-21 kepada beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Baru-baru ini, media melaporkan pasangan nombor enam dunia itu mungkin tidak beraksi pada BAC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan