Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 70 orang penduduk di Mukah terima bakul makanan sempena sambutan bulan Ramadan pada tahun ini. Foto UKAS

70 penduduk Mukah terima bakul makanan

MUKAH, 21 Mac: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Daerah Mukah telah menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan yang bertemakan Pemadam Care For You, Jauhi Dadah Hidup Penuh Erti pada Khamis.

Menurut laporan UKAS, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine hadir menyempurnakan program tersebut yang telah diadakan di Dewan Sri Pekala, Kampung Kuala Lama Mukah.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif Pemadam Sarawak untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan menjalani kehidupan yang lebih sejahtera tanpa dadah.

Program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Dalam majlis yang sama, seramai 35 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) telah menerima sijil lantikan baru dan perlanjutan jawatan KMKK Daerah Mukah bagi kawasan DUN N.57 Tellian.

Dalam ucapannya, Royston turut menyentuh mengenai amalan gotong-royong dalam membersih kawasan yang perlu diadakan di sesebuah kampung.

“KMKK berperanan penting dalam memastikan aktiviti perlu diadakan walaupun tanpa bantuan pihak kerajaan dan mencari inisiatif lain.

“Gotong royong ini sekurang-kurangnya diadakan setiap tiga bulan sekali bagi memastikan kesejahteraan dan kebersihan kampung,” katanya.

Dalam program sama, seramai 70 orang penduduk dari kawasan sekitar menerima bakul makanan sempena sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip, Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias dan Temenggung Hendi Suhai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan