Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Di-Pertua Dewan Negara, Yang Di-Pertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah menerima kunjungan hormat daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Bangunan Parlimen di ibu negara, hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS)

Yang Di-Pertua Dewan Negara terima kunjungan hormat UKAS

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah menerima kunjungan hormat daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di pejabatnya di sini hari ini.

Rombongan diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee diiringi Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan serta Pegawai Tadbir Khas UKAS, Datu Takun Sunggah.

Pada pertemuan itu, Awang Bemee turut berkongsi mengenai fungsi dan peranan Parlimen dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Sementara itu beliau turut mencadangkan kepada UKAS agar menubuhkan seksyen khas yang memantau berita palsu dan menyemak fakta.

“Ia sangat penting untuk menangkis apa jua laporan atau berita palsu yang ada di luar sana, lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Setakat ini, UKAS telah melaksanakan tugasnya dengan baik dalam menyampaikan laporan terutama berkaitan kerajaan Sarawak kepada orang ramai,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan