Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah ketika ditemui TVS sempena Program Agihan Bubur Lambuk anjuran BBP Lutong, hari ini. Foto Mohd Gustie (TVS)

Waspada keselamatan jalan raya, rumah menjelang Aidilfitri

ByVanessa Enjop

MIRI, 20 Mac: Orang ramai diminta lebih berwaspada terhadap aspek keselamatan jalan raya dan rumah menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, adalah penting untuk memeriksa kenderaan sebelum perjalanan jauh selain memastikan rumah dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan.

“Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung. Pemeriksaan asas seperti brek, tayar, lampu dan enjin sangat penting untuk mengelak masalah di jalan raya,” katanya ketika ditemui TVS sempena program agihan bubur lambuk anjuran BBP lutong dan Taskforce SWO4 Miri di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan pemandu agar berehat secukupnya sebelum memandu bagi mengelak kemalangan akibat keletihan atau mengantuk.

“Jangan memandu dalam keadaan mengantuk atau letih. Pastikan anda berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan jauh,” ujarnya.

Selain keselamatan jalan raya, Henry juga mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kebakaran rumah sepanjang ketiadaan mereka.

“Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan dapur gas dipastikan dalam keadaan selamat. Barang mudah terbakar juga perlu diasingkan untuk mengelakkan risiko kebakaran,” jelasnya.

Menurutnya, anggota bomba akan terus menjalankan pemantauan dan memberi kesedaran kepada masyarakat bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang musim perayaan.

Dengan peningkatan jumlah pengguna jalan raya dan peningkatan risiko kebakaran rumah ketika Aidilfitri, Henry berharap orang ramai lebih peka terhadap aspek keselamatan demi kesejahteraan bersama.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan