Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran RAYS 2025 di sini, hari ini.. Foto Ezzany (TVS)

RAYS 2025: 300 peserta bakal hadir, belia dipelawa libatkan diri

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 20 Mac: Seramai 300 peserta telah mengesahkan kehadiran mereka untuk menyertai Sidang Rainforest Youth Summit (RAYS) 2025 setakat ini.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, jumlah tersebut telah disahkan walaupun sebelum pelancaran berlangsung.

RAYS 2025 sahkan 300 peserta, terbuka untuk lebih ramai belia | TVS

“Setakat ini, 300 peserta sudah mengesahkan penyertaan mereka walaupun sebelum pelancaran. Ini termasuk peserta dari Asia.

“Tetapi untuk penyertaan tempatan, kita memang mahukan lebih ramai pelajar universiti dan pemimpin muda, serta ahli organisasi belia seperti Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS), Junior Chamber International (JCI) Malaysia dan Majlis Belia Malaysia,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran RAYS 2025 di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada had jumlah peserta, kerana sidang itu menjadi platform terbuka untuk belia melibatkan diri dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Mengulas berkenaan yuran penyertaan, beliau menjelaskan bahawa harga yang ditetapkan adalah berpatutan dan memberikan nilai yang besar, terutama dengan akses percuma ke hari pertama Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025.

“Jika dibandingkan, harga untuk menghadiri Festival Muzik Dunia Hutan Hujan sahaja lebih mahal. Yuran RAYS ini lebih kurang standard, dan tidak akan membebankan peserta. Setiap pendaftaran termasuk tiket untuk hari pertama RWMF 2025,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor berkata hasil jualan tiket RAYS 2025 akan disalurkan kepada usaha pemulihan bakau di Sarawak, dengan sasaran untuk menanam 10,000 pokok menjelang 2027.

Katanya separuh daripada sasaran tersebut telah pun dicapai, dan dengan peningkatan jumlah peserta serta sumbangan pihaknya yakin dapat menjangkau angka itu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu dan Pengerusi STB Dennis Ngau.

Bertemakan ‘Living Landscape: Charting a Sustainable Future’, RAYS 2025 akan berlangsung pada 18 hingga 20 Jun di Hikmah Exchange Centre, Kuching, RAYS 2025 akan menampilkan persidangan dari barisan penceramah antarabangsa serta bengkel interaktif.

Pendaftaran kini dibuka, dengan kadar yuran berpatutan bagi peserta ASEAN, alumni RAYS, serta pendaftaran berkumpulan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi RAYS 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan