Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembuat filem Carl Erik Rinsch didakwa atas pertuduhan penipuan melalui komunikasi elektronik dan pengubahan wang haram berkaitan skim US$11 juta untuk menipu Netflix, lapor Anadolu Ajansi, memetik laporan media. Foto hiasan Envato

Pembuat filem Hollywood didakwa tipu Netflix US$11 juta

ByBernama

ISTANBUL, 20 Mac: Pembuat filem Carl Erik Rinsch didakwa atas pertuduhan penipuan melalui komunikasi elektronik dan pengubahan wang haram berkaitan skim US$11 juta untuk menipu Netflix, lapor Anadolu Ajansi, memetik laporan media.

The New York Times melaporkan pada Selasa bahawa pendakwa raya persekutuan di New York menuduh Rinsch menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk siri fiksyen sains. Dia didakwa mengalihkan wang itu bagi pelaburan peribadi dan perbelanjaan mewah.

Menurut pertuduhan yang didedahkan pada Selasa, antara 2018 dan awal 2020, Rinsch didakwa memasukkan dana itu ke dalam akaun broker dan menggunakannya untuk berdagang sekuriti daripada menghasilkan rancangan yang dijanjikan.

Rinsch, yang ditahan di West Hollywood pada mulanya mencadangkan siri White Horse–kemudian dinamakan semula sebagai Conquest–kepada Netflix semasa ledakan penstriman. Namun, platform itu menghentikan pembangunannya pada awal 2021, dengan alasan tingkah laku yang tidak menentu.

Rinsch kemudiannya menggunakan baki dana produksi untuk membiayai penginapan hotel mewah di California dan Sepanyol serta untuk membeli perabot mewah dan pelbagai kereta mewah, mendakwa ia adalah alat peraga untuk pertunjukan itu, menurut laporan itu.

Pada 2023, seorang penimbang tara membuat keputusan terhadap Rinsch, mengarahkannya membayar hampir US$12 juta sebagai ganti rugi dan yuran guaman kepada Netflix.

Netflix akhirnya menghapus kira US$55 juta yang dibelanjakan untuk projek yang gagal itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan