Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Wee Hong Seng bersama tetamu yang hadir pada sidang media 'Virtual Earth Hour 2025' di Kuching, hari ini. Foto TVS

Orang ramai diseru sertai ‘Virtual Earth Hour 2025’ 22 Mac ini

KUCHING, 20 Mac: Semua masyarakat diseru untuk menyertai program ‘Virtual Earth Hour 2025’ pada 22 Mac 2025, bermula pukul 8.30 malam.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, berkata penyertaan masyarakat dalam program tersebut amat penting untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

“Pada tahun ini, kami juga mempelawa golongan kanak-kanak di peringkat sekolah untuk mengingatkan ibu bapa mereka supaya turut serta dalam program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai ‘Virtual Earth Hour 2025’ dan program ‘Free Anti-Rabies Vaccination, Licensing, Microchipping and Subsidized Neutering For Dongs’ di sini, hari ini.

Pihaknya telah menghantar surat kepada syarikat korporat, pusat beli-belah dan pelbagai pihak lain bagi memastikan penyertaan yang lebih luas.

“Kami juga mempelawa semua sekolah supaya guru dan pengetua menyebarkan maklumat kepada anak-anak, agar mereka dapat mengingatkan ibu bapa mereka mengenai program ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan