Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berucap di Program Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Melaka 2025 di Bukit Cina. Foto Dato' Seri Tiong King Sing (Facebook)

Melaka rasmi jadi tuan rumah bagi pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026

ByBernama

MELAKA, 20 Mac: Kerajaan bersetuju menjadikan Melaka sebagai tuan rumah bagi pelancaran sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM2026), umum Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata ini termasuk kelulusan peruntukan bagi sambutan itu kerana persediaannya akan dilakukan oleh kerajaan negeri sendiri.

“Kita sudah setuju, begitu juga Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan pelancarannya akan kita lakukan semasa Hari Pelancongan Sedunia 2025 yang dijadualkan pada September ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Melaka 2025 di Bukit Cina hari ini yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy, Exco Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta lebih 1,000 penggiat pelancongan di Melaka.

Tiong berkata justeru itu, beliau mahu semua pihak terutama penggiat industri pelancongan bekerjasama mempromosikan TMM2026 di pelbagai platform termasuk media sosial.

“Ini penting kerana kita mahu ekonomi berasaskan pelancongan ini berkembang pesat dan semua pihak terutama rakyat mendapat manfaatnya,” kata beliau.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan