Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng. Foto TVS

MBKS tingkat kesedaran masyarakat vaksinasi haiwan peliharaan

KUCHING, 20 Mac: Program Vaksinasi Anti-Rabies, Pelesenan, Mikrocip dan Pemandulan Bersubsidi Percuma untuk anjing akan diadakan pada 12 April bertempat di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, tahun ini MBKS menganjurkan program tersebut sebanyak lima kali dalam tempoh setahun bagi menggalakkkan perkhidmatan vaksinasi dan penjagaan kesihatan haiwan peliharaan.

Menurutnya, ia bertujuan mengingatkan kesedaran pemilik anjing supaya mematuhi keperluan pelesenan dan pengenalan sekali gus menggalakkan pensterilan haiwan peliharaan untuk mengelakkan kelahiran yang tidak diingini.

“Sekarang sudah lima kali, maknanya tiada alasan dan sudah tentu kami ingin semua orang sedar bahawa rabies masih ada.

“Kami berharap semua pemilik haiwan peliharaan melakukan tanggungjawab mereka juga supaya kita dapat memastikan bahawa satu hari nanti kita mempunyai sifar rabies,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pada sidang media Virtual Earth Hour 2025 And Free Anti-Rabies Vaccination, Licensing, Microchipping And Subsidized Neutering For Dogs di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Kuching pada Khamis.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan penyertaan orang ramai dalam program Pet Walk 2025 dengan membawa haiwan peliharaan bertempat di MBKS pada 27 April 2025 bermula jam 6.45 pagi.

Menurutnya, program tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Komuniti Progresif Kuching bersempena dengan sambutan Hari Haiwan Terbiar Sedunia sebagai platform menyatukan komuniti dalam usaha menyokong kebajikan haiwan.

“Jadi maknanya anda telah memberi vaksin kepada semua haiwan peliharaan anda, maka anda boleh pergi ke sana bersama-sama untuk membawa haiwan peliharaan berjalan-jalan.

“Anda boleh bawa asalkan haiwan pelihadaan anda berada dalam kawalan yang betul dan pastikan mereka tidak berlari-lari,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan