Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditemukan rentung selepas rumahnya di Kampung Kuala Semantan, Raub terbakar tengah malam tadi. Foto hiasan Envato

Lelaki maut dalam kebakaran rumah

ByBernama

KUANTAN, 20 Mac: Seorang lelaki ditemukan rentung selepas rumahnya di Kampung Kuala Semantan, Raub terbakar tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata Zahari Ibrahim, 50, yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan, dijumpai bomba setelah pemadaman selesai dijalankan.

“Rumah itu hangus, lelaki itu dipercayai sedang tidur semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.42 tengah malam.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan