Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lagu yang menampilkan gabungan anak seni Sarawak muda dan veteran iaitu Arabyrd, Ila Damiaa dan Safar Ghafar itu menjanjikan halwa telinga pendengar dengan perasaan ‘feel good’ ketika ia berkumandang.

Lagu Riuh Raya, 100 peratus ‘air tangan’ anak Sarawak

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 20 Mac: Muzik video ‘Riuh Raya’ yang mula ditayangkan esok, 21 Mac merupakan 100 peratus ‘air tangan’ anak Sarawak.

Lagu yang menampilkan gabungan anak seni Sarawak muda dan veteran iaitu Arabyrd, Ila Damiaa dan Safar Ghafar itu menjanjikan halwa telinga pendengar dengan perasaan ‘feel good’ ketika ia berkumandang terutama menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

Lagu ‘Riuh Raya’ menampilkan gabungan penyanyi tempatan muda dan veteran; Arabyrd, Ila Damiaa dan Safar Ghafar

Menurut Arabyrd, idea asal lagu terbabit adalah untuk menampilkan penyanyi tempatan muda dan veteran di atas satu pentas yang sama.

“Saya ingin mencipta lagu di mana apabila orang mendengarnya, akan merasa perasaan ‘feel good’ dan tidak terikat dengan formula viral dan ‘sampling’ chorus lagu-lagu lama dan diubah dengan cara baharu.

“Lagu Riuh Raya merupakan sebuah projek hari raya menggabungkan (artis) yang lama dan yang baharu sambil sama-sama kita meraikan perayaan, budaya dan adat masyarakat ketika berlangsungnya Hari Raya.

“Jadi, saya, Ila dan Safar, kami sama-sama cuba mencipta lagu baru yang original dan setelah lagu ini siap, kami cuba menghantar lagu ini ke Universal Music Malaysia dan kami bersyukur mereka menerimanya,” katanya kepada TVS.

Penghasilan lagu itu juga katanya bermula daripada penciptaan lagu hingga pembikinan muzik video menyaksikan keseluruhan tenaga produksi adalah seratus peratus air tangan anak Sarawak.

Muzik video yang diarahkan oleh pengarah muda, Koh Khai itu turut membariskan seramai 20 orang artis tempatan dan pempengaruh termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Dayang Mariana Abang Bolhassan, Fir dan Afick (influencer), Rifdean Masdor (atlit Muay Thai) dan ramai lagi.

“Kami berharap lagu ini akan dapat didengari oleh setiap rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, kami dapat mempromosi budaya dan bahasa kita di Sarawak. 

“Dalam pendek kata, kami ingin membuktikan Sarawak pun boleh!,” ujarnya.

Arabyrd mendedahkan lagu terbabit diterbitkan oleh seorang ‘Rapper’ dan penerbit muda iaitu Emansushii.

Muzik video Riuh Raya turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Dayang Mariana Abang Bolhassan

Sementara muzik video yang diarahkan oleh pengarah muda, Koh Khai itu turut membariskan seramai 20 orang artis tempatan dan pempengaruh termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Dayang Mariana Abang Bolhassan, Fir dan Afick (influencer), Rifdean Masdor (atlit Muay Thai) dan ramai lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan