KUCHING, 20 Mac: Koperasi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berhad (KOBOPEM) Advance Sendirian Berhad dilantik sebagai operator Milikan Syarikat Dikendalikan Peniaga (CODO) PETROS Multifuel Station (MFS) di Batu Kawa.
Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy (SEDCE), Robert Hardin berkata, MFS tersebut dijangka memulakan operasi pada suku ketiga tahun ini.
Menurutnya, kerjasama tersebut bertujuan menyediakan sumber pendapatan mampan kepada ahli KOBOPEM di Malaysia sekali gus meluaskan rangkaian stesen PETROS di Sarawak.
“Hari ini merupakan satu peristiwa penting bagi SEDCE dan JPBM yang KOPOBEM dilantik sebagai operator Milikan Syarikat Dikendalikan Peniaga (CODO) PETROS Multifuel Station (MFS) di Batu Kawa.
“Matlamat kerjasama ini adalah untuk menyediakan sumber pendapatan mampan kepada ahli KOBOPEM dan pada masa sama membantu meluaskan rangkaian stesen PETROS kepada rakyat Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelantikan KOBOPEM Advance di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di Kuching pada Rabu.
Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, stesen PETROS tersebut adalah yang oertama untuk KOBOPEM menjadi operasi CODO MFS.
Menurutnya, pelantikan tersebut merupakan peluang pelaburan terbaik kepada KOBOPEM bagi menjana dana dan pulangan dalam bentuk kewangan untuk kebajikan hampir 11,000 ahli KOBOBEM seluruh negara.
“Ini merupakan satu langkah besar kepada KOBOPEM kerana stesen PETROS adalah stesen kita yang pertama,” ujarnya.-TVS