Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan JPJ Sarawak

JPJ Sarawak pertingkat penguatkuasaan menjelang Aidilfitri

ByBernama

MIRI, 20 Mac: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan mempertingkatkan penguatkuasaan di seluruh negeri menjelang Aidilfitri susulan peningkatan mendadak pergerakan kenderaan.

Pengarahnya Norizan Jili berkata operasi yang dijalankan bukan bertujuan mencari kesalahan pengguna jalan raya, sebaliknya bagi memastikan peraturan lalu lintas sentiasa dipatuhi demi keselamatan mereka.

“Kita tidak mahu ada yang kehilangan orang tersayang akibat kemalangan jalan raya pada Ramadan ini, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri.

“JPJ sentiasa berusaha memastikan jalan raya di Sarawak selamat untuk semua,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata JPJ Sarawak menerima kunjungan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ Datuk Jazmanie Shafawi yang turun padang menyantuni anggota penguat kuasa semasa menjalankan operasi di Miri pada Rabu.

Norizan berkata Jazmanie turut berbuka puasa bersama pegawai kanan JPJ Cawangan Miri dan anggota penguat kuasa di lokasi operasi.

“Sebelum itu, Jazmanie menghadiri program pengagihan 250 bungkus bubur lambuk dan bubur pedas kepada pelanggan yang berurusan di JPJ Cawangan Miri serta pengguna jalan raya sekitar.

“Pada sebelah malam, beliau turut menyampaikan sumbangan khas kepada golongan asnaf dan ibu tunggal pada Program JPJ Prihatin Bersama Komuniti Setempat,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan