Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indonesia telah menyediakan 404 pesawat bagi menyokong perjalanan pulang Aidilfitri 2025, menurut kenyataan daripada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam di bawah Kementerian Pengangkutan pada Rabu, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang Aidilfitri 2025

ByBernama

JAKARTA, 19 Mac: Indonesia telah menyediakan 404 pesawat bagi menyokong perjalanan pulang Aidilfitri 2025, menurut kenyataan daripada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam di bawah Kementerian Pengangkutan pada Rabu, lapor Xinhua.

“Berdasarkan unjuran kami, sebanyak 325 pesawat diperlukan untuk perjalanan pulang Aidilfitri 2025. Dengan 404 pesawat yang sudah tersedia dan beroperasi, perkhidmatan penerbangan tetap kami septutnya dapat menampung peningkatan jumlah penumpang secara optimum,” kata Pemangku Ketua Direktorat Jenderal Perhubungan Udara, Lukman F. Laisa.

Jumlah penumpang penerbangan semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka meningkat 12 peratus kepada 6,186,298, berbanding 5,529,659 tahun lepas.

Penumpang penerbangan domestik dianggarkan mencecah 4,951,391, manakala penumpang antarabangsa dijangka mencapai 1,234,907 orang. Sepanjang musim perayaan ini, pihak direktorat akan meningkatkan pemantauan di 60 lapangan terbang bagi memastikan keselamatan penerbangan serta bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca buruk.

Tempoh puncak bagi pelepasan penumpang dijangka pada 28 Mac, manakala tempoh puncak kepulangan dijangka pada 6 April. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan