Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys. Foto IKEA

IKEA lancar platform e-dagang untuk Sabah dan Sarawak

ByPriscilla

KUCHING, 20 Feb: IKEA melancarkan platform e-dagang khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi mengukuhkan perkembangan perniagaan.

Inisiatif ini juga menonjolkan komitmen IKEA untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati kelengkapan rumah yang direka dengan baik dan mampu milik.

Menurut Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcom Pruys, pelancaran platform dalam talian ini adalah sebahagian daripada usaha IKEA untuk memudahkan akses produk mereka di seluruh negara, termasuk pembukaan pusat pengambilan di Kuching.

Beliau menambah, pelanggan di Sabah dan Sarawak kini boleh mendapatkan produk IKEA yang popular dengan harga yang sama seperti di Semenanjung Malaysia, disertai penghantaran lebih pantas melalui Pusat Pemenuhan IKEA di Kuching.

“Dengan adanya platform baru ini, IKEA berusaha menangani cabaran penghantaran dan kos yang dihadapi pelanggan di Sabah dan Sarawak, mengurangkan keperluan untuk ke Semenanjung Malaysia atau bergantung pada penjual tidak rasmi,” katanya dalam kenyataan.

Selain fokus kepada kemampumilikan, IKEA turut memberi perhatian kepada penyelesaian storan yang praktikal untuk rumah pelbagai saiz dan keluarga berbilang generasi.

Kelestarian juga kekal sebagai fokus utama IKEA, sejajar dengan usaha mereka untuk memberi impak positif kepada manusia, masyarakat dan bumi.

IKEA, peruncit kelengkapan rumah terbesar di dunia, kini memiliki 460 gedung di lebih 60 negara dan merupakan sebahagian daripada Ikano Retail, satu-satunya perniagaan yang dimiliki oleh keluarga Ingvar Kamprad, pengasas IKEA pada tahun 1943.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan