Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahari (tiga dari kanan) dan Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol (empat dari kanan) pada Majlis Majlis Perasmian Program Agrofiesta Aidilfitri 2025 di George Town hari ini. Foto,TVS.

Harga santan segar semakin stabil, cukup untuk Aidilfitri – FAMA

GEORGE TOWN, 20 Mac: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutan (FAMA) memberi jaminan bekalan santan segar mencukupi sehingga sambutan Aidilfitri selain mula mengalami penurunan harga ekoran bekalan yang semakin stabil.

Ketua Pengarahnya, Abdul Rashid Bahari berkata, harga bahan mentah itu telah menurun antara lima hingga 10 peratus di seluruh negara selepas pihaknya menambah bekalan.

Harga santan segar turun, cukup untuk Aidilfitri – FAMA | TVS

Katanya, FAMA mempetingkatkan bekalan untuk negara yang diperolehi dari Sabah dan Sarawak selain mempertingkatkan import dari Indonesia.

“Tempat-tempat itu juga sedang meraikan musim perayaan yang turut perlukan bekalan tinggi, tetapi kita berusaha menstabilkan jumlahnya dengan menambah antara 30 hingga 40 peratus,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau hadir Majlis Perasmian Program Agrofiesta Aidilfitri 2025 yang disempurnakan Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol di sebuah pusat beli-belah di sini.

Media sebelum ini melaporkan harga bekalan santan segar meningakat sehingga RM20 hingga RM22 di beberapa negeri ketika menjelang Ramadan.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata, FAMA akan menawarkan jualan santan segar pada harga lebih rendah di Pasar Tani Khas Pra-Aidilfitri yang akan diadakan di 42 lokasi di seluruh negara bermula 29 Mac depan.

Katanya usaha itu bagi memberi kelegaan kepada orang ramai mengenai bekalan santan yang sentiasa mencukupi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan