Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bendahari SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin. Foto Aziz Soleh (TVS)

Forum Wanita dan Ramadan berlangsung penuh kejayaan

ByConnie Grace

KUCHING, 20 Mac: Forum Wanita dan Ramadan: Meraih Keberkatan Bersama yang julung kali diadakan berlangsung dengan penuh kejayaan.

Dianjurkan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), MAKSAK Wanita dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), forum tersebut bertujuan memperkukuh peranan wanita dalam membentuk keluarga bahagia khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Bendahari SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin berkata, kehadiran penuh peserta dalam forum tersebut membuktikan kepentingannya dalam menyebarkan ilmu dan mengeratkan hubungan antara wanita dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Program ini merupakan kolaborasi antara SABATI, MAKSAK Wanita, dan BAKAT. Hari ini, kita menyaksikan penglibatan aktif ahli dari ketiga-tiga pertubuhan ini dengan kehadiran seramai 250 peserta.

“Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang menekankan peranan wanita dalam memastikan kesejahteraan keluarga khususnya sepanjang bulan Ramadan.

“Program ini memberi banyak manfaat kepada suri rumah. Peranan wanita dalam bulan Ramadan sangat penting dalam menentukan kebahagiaan sesebuah rumah tangga yang harmoni dan cemerlang,” ujarnya.

Seiring dengan matlamat memperkasakan wanita, forum tersebut turut menyediakan peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan menerusi mini bazar yang diadakan.

Menurut Pengerusi BAKAT, Datin Erni Irawati Rosli, program tersebut bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu tetapi juga membuka ruang ekonomi kepada peserta.

“Kami berasa bangga dan teruja dapat berkolaborasi dengan NGO wanita dalam program ini. Selain berbincang dalam forum, kami juga diberi peluang untuk belajar memasak bubur pedas dan menyertai mini bazar yang membantu menjana pendapatan,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan