Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedua-dua mangsa yang sesat di hutan Sungai Pulai, Bintangor ditemui selepas Ops SAR dilancarkan hari ini. Foto BBP Bintangor.

Dua beradik sesat di hutan ditemui selamat

BINTANGOR, 20 Mac: Dua beradik yang dilaporkan hilang selepas masuk ke hutan berhampiran rumah panjang mereka di Sungai Pulai semalam, ditemui selamat, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, Donny Sar Seranjat, 40, dijumpai penduduk rumah panjang yang berdekatan di lokasi tebingan sungai menuju ke hilir.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya meneruskan pencarian sebelum menemui abang mangsa, Bennet Lin Tong Selanjat, 43, pada jam 3.15 petang.

“Bomba difahamkan, kedua-duanya mereka tersesat dan gagal menemui jalan pulang sebelum mengambil keputusan untuk berpecah.

“Kedua-dua selamat namun keadaan mereka agak lemah. Operasi SAR hari ini meliputi redius 2.74 kilometer (km),” katanya ketika dihubungi TVS.

Terdahulu pasangan beradik itu dilaporkan pergi ke hutan untuk menjalankan kerja menebang kayu di hutan seberang Rumah Bandar, Sungai Pulai.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa gagal pulang hingga lewat petang.

Penduduk kampung turut berusaha mencari namun gagal menemui sebarang petunjuk sebelum dilaporan kehilangan kedua-duanya dibuat di Balai Polis Meradong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan