Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Wisma Pertahanan, di sini hari ini. Foto, TVS.

ATM terima sumbangan hampir RM2 juta sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan bernilai hampir RM2 juta daripada 74 organisasi dan ahli korporat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sumbangan itu merupakan tanda penghargaan terhadap pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Jelas beliau, sumbangan merangkumi wang tunai sebanyak RM1.7 juta serta barangan bernilai RM178,920.

“Sumbangan ini akan diagihkan kepada anggota ATM yang bertugas di dalam dan luar negara menerusi penyediaan 15,000 beg hari raya sebagai tanda penghargaan.

“(Saya berpandangan) sangat penting untuk kita semua menzahirkan ingatan, sokongan serta penghargaan kepada semua anggota yang bertugas pada hari lebaran nanti,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Sementara itu Mohamed Khaled berkata, kementerian juga meneruskan tradisi menyediakan bekalan raya untuk pasukan ATM yang akan bertugas di seluruh negara dan di beberapa negara berkonflik.

Menurutnya, inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan moral anggota yang bertugas, tetapi juga memastikan mereka tetap dapat merasai kemeriahan Syawal meskipun berjauhan dengan keluarga.

“Kita percaya, sumbangan tulus ikhlas ini memberi erti yang besar, bukan sahaja tanda doa dan ingatan yang tidak pernah putus dari kita semua, namun turut membawa makna bahawa segala pengorbanan warga ATM kepada negara tidak pernah dilupakan apatah lagi dinafikan,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan