Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran yang memusnahkan 27 pintu Rh Lapie, Sungai Binai, Ulu Sebauh, Bintulu. Foto JBPM

27 pintu Rumah Panjang Lapie terbakar, lebih 300 penghuni hilang tempat tinggal

BINTULU, 20 Mac: Lebih 300 penghuni hilang tempat tinggal selepas 27 pintu Rumah Panjang Lapie, Sungai Binai, Ulu Sebauh di sini, terbakar pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.09 pagi dengan menggerakkan 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian api marak membakar keseluruhan 27 pintu daripada 30 pintu rumah panjang berkenaan. Tiga pintu rumah panjang lagi berjaya diselamatkan dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang lelaki warga emas berusia 70-an dilaporkan mengalami sesak nafas.

“Mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan EMRS bomba bagi mendapat rawatan, penghuni lain dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan membentang dua aliran hos, 400 kaki, lima nozel sumber air terbuka dan bantuan air dari water tanker bomba sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian,” ujarnya.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan