Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pustaka Negeri Sarawak, Miri bakal menganjurkan program World Quran Hour 2025 25 Mac 2025 di Masjid Assyakirin, Bandar Bintulu.

World Quran Hour di Bintulu pada 25 Mac

ByWilly Jali

BINTULU, 19 Mac: Pustaka Negeri Sarawak, Miri bakal menganjurkan program World Quran Hour 2025 pada 25 Mac di Masjid Assyakirin, Bandar Bintulu.

Program tersebut merupakan anjuran kerjasama Masjid Assyakirin, Pihak Berkuasa Pembangunan Bintulu (BDA), Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu (PPD Bintulu), dan Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu.

Pustaka Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya berinteraksi dengan al-Quran selain memupuk masyarakat yang berbudi pekerti.

“Objektif penganjuran program ini adalah untuk menekankan pentingnya masyarakat untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui tiga aspek penting iaitu membaca, memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.

“Seterusnya menggarap nilai-nilai mulia yang dapat dihayati daripada surah-surah di dalam al-Quran untuk membangun negara dan dunia yang berlandaskan al-Quran.

“Program ini juga dianjurkan untuk melahirkan legasi yang mempunyai sistem operasi diri berlandaskan al-Quran untuk membangun negara dan dunia yang berbudi dan penyayang,” menurut kenyataan itu.

World Quran Hour akan berlangsung bersamaan dengan 24 Ramadan 1446H dan diadakan pada jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Bertemakan #SavingTheUmmah, program tersebut turut diwarnai pelbagai aktiviti seperti pertandingan, ceramah dan bengkel yang akan diadakan sebelum acara kemuncak.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai acara ini boleh membuat pendaftaran melalui kod QR pada poster atau melalui pautan pendaftaran yang tertera.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pustaka Negeri Sarawak, Miri di talian 085-422 525 atau melalui media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Miri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan