KUCHING, 19 Mac: Universiti Teknologi Swinburne Sarawak kini melangkah setapak lagi dengan menawarkan dua kursus baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Data dan Sarjana Muda Keselamatan Siber.
Pengenalan dua kursus itu bersifat sejajar dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam memupuk bakat digital, menyokong pertumbuhan ekonomi dan menyumbang kepada agenda transformasi digital negara yang lebih luas.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dengan itu menzahirkan ucapan tahniah kepada Universiti Teknologi Swinburne Sarawak kerana telah melancarkan dua ijazah baharu, Ijazah Sarjana Muda Sains Data dan Sarjana Muda Keselamatan Siber.
“Dan 10 tahun yang lalu, jika anda bercakap tentang ini, anda akan berkata, apakah ini? Tetapi 10 tahun kemudian, dan seterusnya ijazah ini penting untuk Sarawak. Sama seperti pentingnya untuk mempunyai keselamatan yang betul.
“Kita (Sarawak) perlu mempunyai keselamatan siber sendiri. Dan untuk melakukan itu, anda memerlukan banyak bakat. Anda memerlukan lebih banyak data digital, saintis dan keselamatan siber,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan dua kursus baharu, Ijazah Sarjana Muda Sains Data dan Sarjana Muda Keselamatan Siber di Universiti Teknologi Swinburne, hari ini.
Mengulas lanjut, usaha bagi memenuhi aspirasi Sarawak berkaitan pendigitalan, pelancaran satelit, tenaga hijau, kata Dr Sim ia memerlukan saintis data.
“Semua ini memerlukan keselamatan, keselamatan siber, bukan keselamatan fizikal. Tetapi keselamatan siber, anda tidak tahu di mana mereka berada tetapi mereka melindungi data kita,” katanya.
Kursus-kursus baharu itu adalah yang pertama ditawarkan di Universiti Sarawak bagi memenuhi permintaan terkini, melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan untuk memacu inovasi dalam sains data dan memastikan keselamatan infrastruktur digital.
Dalam pada itu, Dr Sim juga turut tampil sebagai salah seorang panel bagi program Siri SwinTalk yang membincangkan mengenai AI dalam Meningkatkan Daya Saing dan Kemampanan Industri, di mana pemimpin industri dan pakar meneroka peranan transformatif Kecerdasan Buatan (Al) dalam pelbagai sektor.
Perbincangan itu menyerlahkan bagaimana Al membantu perniagaan meningkatkan daya saing mereka, meningkatkan kecekapan operasi dan menyumbang kepada usaha kemampanan bagi memastikan kejayaan jangka panjang dalam ekonomi global yang berkembang pesat.
Hadir sama, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI), Datuk Dr Philip Ting dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Universiti Teknologi Sarawak, Ir Profesor Lau Hieng Ho. – TVS