Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hamzah Morshidi memberi penerangan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam inisiatif karbon biru di Tanjung Manis, Serdeng dan Paloh di Sibu, hari ini. Foto STIDC (FB)

STIDC akan kemuka pelan reka bentuk projek karbon biru kepada Jabatan Hutan Sarawak

SIBU, 19 Mac: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) akan mengemukakan pelan reka bentuk pembangunan untuk projek karbon biru pertamanya kepada Jabatan Hutan Sarawak bulan depan.

Inisiatif berkenaan yang dilancarkan pada Novermber lepas melibatkan kawasan Paloh dan Serdeng di Tanjung Manis, bermatlamat memulih dan memelihara ekosistem hutan bakau seluas 10,232 hektar.

Penolong Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Sumber Lestari STIDC Hamzah Morshidi berkata penyerahan pelan reka bentuk itu merupakan langkah penting dalam memperoleh lesen perdagangan karbon yang diperlukan bagi projek terbabit.

“Dalam tempoh dua tahun selepas pengeluaran lesen, kami jangka dapat memasarkan karbon itu. Kami jangkakan menerima pulangan dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemegang kepentingan projek itu di sini, hari ini.

Mesyuarat yang diadakan oleh STIDC dengan rakan kongsinya Worldview Climate Solutions (WCS) Malaysia Sdn Bhd, menyediakan platform komunikasi terbuka antara STIDC, WCS sebagai perunding, dan 24 agensi kerajaan, penyelidik, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan penyerapan karbon, menyokong kepelbagaian biologi tempatan, dan menggalakkan ekopelancongan di kawasan terbabit.

Hamzah turut menekankan potensi impak positif terhadap komuniti setempat, iaitu pertanian dan perikanan menjadi aktiviti ekonomi utama.

“Kebanyakan penduduk di Paloh dan Serdeng bergantung kepada pertanian dan perikanan, dan kawasan persekitaran mereka didominasi oleh hutan bakau yang telah ditebang dan ditinggalkan. Projek ini akan membantu memelihara ekosistem bakau, seterusnya mengembalikan hidupan marin di kawasan itu,” katanya.

Projek ini dijangka mampu meningkatkan sosioekonomi komuniti tempatan melalui ekopelancongan, memandangkan kawasan berkenaan merupakan habitat bagi pelbagai spesies marin termasuk ikan lumba-lumba Irrawaddy, penyu hijau dan tuntung.

Menyedari kepentingan penglibatan komuniti setempat, Hamzah berkata sesi rundingan komuniti akan diadakan di Paloh dan Serdeng selepas sambutan Aidilfitri.

Projek Karbon Biru adalah sebahagian daripada projek Kawasan Pertumbuhan Ekonomi Tanjung Manis (T-Mega) yang lebih luas oleh STIDC, yang menumpukan kepada pertumbuhan industri strategik di Sarawak, termasuk akuakultur, industri berasaskan kayu, dan kejuruteraan marin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan