Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam. Foto TVS

Program Sejambak Kasih simbolik JKM Sarawak hulur bantuan kepada penerima

SERIAN, 19 Mac: Program Majlis Sejambak Kasih dianggap program simbolik bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menghulurkan bantuan kepada penerima bantuan bulanan di bawah jabatan itu sempena musim perayaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, program itu tidak hanya diadakan bersempena musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba berbaki 11 hari lagi tetapi juga diadakan pada perayaan kaum lain.

“Dia (program) bukan sahaja untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tetapi semua perayaan kita di Sarawak.

“Selepas ini nanti kita ada Sejambak Kasih Gawai, sebelum ini kita ada Sejambak Kasih Tahun Baru Cina dan kita juga ada Sejambak Kasih Deepavali, tetapi rasanya (Bahagian) Serian tidak adalah (menyambut perayaan) Deepavali (hanya) di Kuching sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 yang berlangsung di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian pada Rabu.

Program di bawah kendalian JKM Sarawak itu dilaksanakan setiap tahun di semua bahagian di seluruh Sarawak.

Katanya, Bahagian Kuching dikenal pasti kawasan yang lebih ramai menerima bantuan bulanan berbanding bahagian lain di seluruh Sarawak.

Terdahulu program ini telah diadakan di Sibu dan Sarikei pada Januari lalu bersempena Perayaan Tahun Baru Cina dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan