Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Zaini Haji Rambli (kiri) dan Mohd Sobhan Borhan ketika ditemui TVS sempena Program Jom Masak Bubur Lambuk di Kampung Muhibbah Ladang 3, hari ini. Foto (TVS)

Program Gerak Rahmah Perpaduan Daerah Subis tingkatkan silaturahim

ByVanessa Enjop
MIRI, 19 Mac: Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Daerah Subis yang diadakan hari ini menyasarkan pengagihan 600 pek bubur lambuk kepada penduduk setempat, termasuk golongan asnaf dan mangsa banjir.
Menurut Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Miri, Ahmad Zaini Rambli, program ini bukan sekadar menyajikan hidangan bubur lambuk, tetapi turut memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.
“Program ini diadakan untuk meningkatkan semangat kerjasama dan silaturahim dalam kalangan penduduk Rukun Tetangga.
“Tahun ini, sebanyak 600 pek bubur lambuk disediakan dan akan diagihkan kepada penduduk kampung, sekolah rendah, serta ahli jawatankuasa Masjid Nurul Yaqin sebelum pukul 5 petang,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.
Katanya, Program Jom Masak Bubur Lambuk ini adalah program yang boleh mengeratkan silaturahim dan perpaduan.
Program ini turut merangkumi sumbangan Bakul Rahmah Pasca Banjir kepada 70 penerima dalam kalangan mangsa banjir di Bekenu, yang terjejas akibat bencana pada Januari lalu.
Sementara itu, Pengerusi KRT Kampung Muhibbah Ladang 3, Mohd Sabhan Borhan, berkata pemilihan kawasan itu sebagai lokasi penganjuran program memberikan impak positif kepada penduduk setempat.
“Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kejiranan tetapi juga memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Harapan kami agar lebih banyak program seperti ini dianjurkan pada masa akan datang,” katanya.
Program yang berlangsung di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Muhibbah, Ladang 3 ini merupakan inisiatif Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Miri dengan matlamat mengeratkan perpaduan dan memupuk semangat gotong-royong dalam komuniti. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found