Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail Bernama

Polis, MCMC diminta siasat individu hina Nabi Muhammad di FB – Aaron

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook, Khor Soon Seat yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Tegasnya, tindakan menghina mana-mana agama bukan sahaja mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara, tetapi juga boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam.

Aaron memberi amaran tegas bahawa sebarang kenyataan atau tindakan yang menyentuh sensitiviti agama lain akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi oleh pihak penguat kuasa.

“Saya ingin mengingatkan bahawa tiada ruang untuk sebarang bentuk kebencian atau provokasi agama di negara ini. Kerajaan akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menimbulkan perpecahan atau ketegangan antara kaum dan agama,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Aaron berkata Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian agama dan budaya, justeru setiap individu wajib menghormati serta menjaga sensitiviti agama masing-masing.

“Setiap warganegara Malaysia wajib faham, hormat, dan terima kepelbagaian yang ada. Marilah kita semua hidup dalam suasana yang penuh hormat dan saling memahami demi menjaga keamanan serta keharmonian negara yang kita cintai ini,” katanya.

Tular baru-baru ini mengenai individu bernama Khor Soon Keat, yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di media sosial. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan