Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengesahkan telah mengenal pasti pemandu wanita yang menunjukkan isyarat lucah jari tengah di Jalan Batu Kawa, Kuching pada 15 Mac lepas.

Polis kenal pasti identiti wanita tunjuk jari tengah

BySaibi Gi

KUCHING, 19 Mac: Polis mengesahkan telah mengenal pasti pemandu wanita yang menunjukkan isyarat lucah jari tengah di Jalan Batu Kawa di sini pada 15 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superitendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Pada 18 Mac 2025 jam 5.50 petang, Balai Polis Kota Sentosa Kuching telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 18 tahun.

“Kejadian tersebut turut tular di laman sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan para pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah dan tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh mengganggu kesantunan seseorang.

Di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, sesiapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan