Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk di Asajaya, hari ini. Foto TVS

PEMADAM sebar mesej antidadah melalui pengagihan bubur lambuk

ASAJAYA, 19 Mac: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak mengagihkan 500 kotak bubur lambuk dan kurma kepada penduduk di Asajaya sebagai antara strategi kempen jauhi penyalahgunaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pada kotak itu turut disertakan mesej tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

“Sekurang-kurangnya ketika makan bubur lambuk yang diagihkan, penerima akan teringat tentang betapa pentingnya menjauhi diri daripada dadah. Itulah harapan kita,” katanya pada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk PEMADAM Care for You dan Penyerahan Bantuan Hari Raya kepada golongan asnaf di daerah Asajaya di Masjid An-Najah, di sini, hari ini.

Abdul Karim yang juga Pengerusi PEMADAM Sarawak berkata, selain menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR), kaedah itu juga mampu menyedarkan masyarakat setempat tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Selain penyerahan bubur lambuk dan kurma, beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 243 golongan asnaf di daerah itu.

Beliau berharap sumbangan itu akan mampu meringankan beban golongan itu dalam menyambut Aidilfitri.

Hadir sama Pegawai Daerah Asajaya, Jerry Zannuddin Bidin, Setiausaha Eksekutif PEMADAM Sarawak, Munawar Ismail, dan Temenggung Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan, Chek Bujang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan