Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fatimah Abdullah dalam sidang media selepas mengagihkan borang Endowment Fund Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) di Hospital Miri semalam.

Lokasi transit gelandangan siap Julai depan

BySuara Sarawak

MIRI, 19 Mac: Tempat Transit Gelandangan (TTG) Miri kini dalam proses pengubahsuaian dan dijangka beroperasi pada Julai depan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Jelasnya, pusat tersebut bagaimanapun akan diuruskan sepenuhnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik, dengan pemantauan jawatankuasa penasihat yang ditetapkan.

“Kita akan menentukan NGO melalui proses pemilihan terbuka dan pastikan mereka yang terpilih memahami konsep TTG dan bersedia membantu gelandangan.

“Apa yang paling penting mereka mesti mempunyai empati terhadap pihak yang memerlukan bantuan kerana menguruskan gelandangan bukanlah tugas yang mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengagihkan borang Endowment Fund Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) di Hospital Miri, di sini semalam.

Menurutnya, penyediaan tempat transit itu dalam masa terdekat ini wajar dalam usaha membendung peningkatan jumlah gelandangan di negeri ini.

“Jika dilihat dari segi jumlah gelandangan di seluruh Sarawak, kawasan utama seperti  Kuching, Sibu, dan Miri tidak mempunyai jumlah yang terlalu tinggi.

“Oleh itu, wajar untuk kita membangunkan pusat transit gelandangan lebih awal, sebelum masalah menjadi lebih serius.

“Kami mahu memastikan isu gelandangan di Sarawak dapat dibendung sejak awal, bukannya menunggu sehingga jumlahnya mencecah ribuan baru bertindak,” tegasnya lagi.

Fatimah turut mendedahkan, pembinaan pusat transit di Bintulu dijangka siap tahun ini diikuti Kuching yang bakal beroperasi pada April depan.

Difahamkan, TTG Miri terletak di bekas premis Stesen TM Angsana Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan