Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama penerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri pada Majlis Iftar Darul Hana 2025 di Kuching, malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

LCDA serah zakat perniagaan lebih RM2 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 Mac: Lembaga Pembangunan & Lindungan Tanah (LCDA) meneruskan komitmennya dalam menyokong pembangunan ekonomi dan kebajikan masyarakat Islam dengan menyerahkan Zakat Perniagaan 2024 berjumlah RM2,297,726 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Penyerahan zakat ini disempurnakan oleh Pengurus Besar LCDA, Datu Sr Zaidi Mahdi, yang mewakili Kumpulan Syarikat LCDA kepada Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Majlis serahan turut disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menandakan sokongan penuh kerajaan Sarawak terhadap usaha memperkasa kesejahteraan ekonomi ummah.

Penyerahan zakat ini berlangsung dalam Majlis Iftar Darul Hana 2025, yang bukan sekadar simbolik sumbangan korporat, tetapi juga acara tahunan LCDA bagi meraikan warga Darul Hana serta agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan kawasan tersebut.

Dalam pada itu Premier Sarawak dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Hari Raya bernilai RM18,750 kepada 125 penerima, yang terdiri daripada anak yatim dan golongan asnaf.

Seramai 40 wakil penerima dari 13 kampung dalam kawasan Projek Pembangunan Darul Hana menerima sumbangan simbolik sebanyak RM150 seorang.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Pengerusi LCDA Holdings Sdn Bhd Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Abdul Aziz Dato Husain, Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan Kumpulan Syarikat LCDA.

Sementara itu lebih 600 tetamu telah menghadiri majlis ini, termasuk kakitangan LCDA, ketua-ketua masyarakat Kampung Seberang Hilir, ketua-ketua jabatan dan agensi, serta pihak media yang terlibat dalam Projek Pembangunan Darul Hana. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan