Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Korea Selatan pada Selasa melaporkan lebih banyak kes penyakit kaki dan mulut (FMD) di ladang ternakan tempatan, menjadikan jumlah kes tahun ini meningkat kepada 10, menurut pegawai. Foto hiasan Envato

Korea Selatan lapor lebih banyak kes FMD, jumlah meningkat kepada 10

ByBernama

SEOUL, 18 Mac: Korea Selatan pada Selasa melaporkan lebih banyak kes penyakit kaki dan mulut (FMD) di ladang ternakan tempatan, menjadikan jumlah kes tahun ini meningkat kepada 10, menurut pegawai.

Menurut Agensi Berita Yonhap, kes terbaharu dikesan di ladang ternakan di daerah Yeongam, kira-kira 300 kilometer ke selatan Seoul.

Ladang-ladang itu terletak berhampiran ladang ternakan yang mencatatkan kes FMD pertama tahun ini minggu lalu, yang merupakan kejadian pertama dalam tempoh hampir dua tahun.

Berikutan wabak pertama itu, kerajaan telah menaikkan tahap krisis bagi Yeongam dan beberapa kawasan bersebelahan kepada “serius,” iaitu tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat, serta memulakan program vaksinasi FMD di seluruh negara, yang pada asalnya dijadualkan bulan depan.

FMD adalah penyakit virus berjangkit akut yang menjejaskan lembu, babi, kambing dan haiwan berkuku belah yang lain. Ia tidak menjejaskan manusia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan