Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang warga emas yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini hari daripada pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan. Foto Media sosial

JPNIN tawar khidmat sokongan kepada Elijah, semua pihak diharap beri ruang

ByBernama

JOHOR BAHRU, 19 Mac: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bersedia menawarkan khidmat sokongan kepada mangsa insiden yang ditampar warga emas di Angsana Mall, di sini, Ahad lepas.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata Pengarah JPNIN telah berjumpa dengan mangsa Elijah Ling Zhao Zhong, 22, dan pihak JPNIN dimaklumkan beliau memerlukan ‘privacy’ (tidak diganggu).

“Oleh itu, saya memohon agar semua pihak (wakil rakyat, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat memberikan kerjasama dalam hal ini dengan memberikan ruang kepada beliau.

“Saya berharap agar semua rakyat Malaysia dapat sentiasa mengutamakan dan mengamalkan sikap saling hormat-menghormati dalam kehidupan seharian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan