Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia Airlines mengesahkan bahawa Penerbangan MH720 dalam perjalanan dari Jakarta ke Kuala Lumpur telah mengaktifkan respons kecemasan susulan petunjuk kebakaran di ruang kargo. Foto fail Malaysia Airlines (FB)

Indikasi kebakaran kargo cetus respons kecemasan MH720

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Mac: Malaysia Airlines mengesahkan bahawa Penerbangan MH720 dalam perjalanan dari Jakarta ke Kuala Lumpur telah mengaktifkan respons kecemasan susulan petunjuk kebakaran di ruang kargo.

Pesawat yang membawa 115 penumpang dan tujuh anak kapal itu mendarat dengan selamat pada jam 6.18 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  dan mematuhi protokol keselamatan standard, termasuk pengaktifan agen pemadam kebakaran di ruang kargo hadapan sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines memaklumkan selepas mendarat, pesawat telah diarahkan ke kawasan terpencil, di mana semua penumpang dan anak kapal turun dengan selamat.

“Perkhidmatan bomba dan pasukan teknikal telah ditempatkan di lokasi bagi menilai situasi dengan teliti sebelum pintu kargo dibuka.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal sentiasa menjadi keutamaan kami dan kami komited untuk mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, laman web penjejakan penerbangan, FlightRadar24, melaporkan di Facebook bahawa MH720 telah menghantar isyarat kecemasan pada kod transponder 7700 di selatan Kuala Lumpur, menandakan keadaan kecemasan umum. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan