Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.28 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung turun tiga sen kepada RM3.03 sen seliter, bermula esok hingga 26 Mac. Foto hiasan Envato

Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung turun tiga sen

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.28 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung turun tiga sen kepada RM3.03 sen seliter, bermula esok hingga 26 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga tersebut berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan fromula Mekanisme Harga Automatik.

MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel berasaskan pasaran minyak global, sambil menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan juga akan terus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan